Elak berkunjung ke Taman Eko Rimba Jeram Toi

Kesan kemusnahan Taman Eko Rimba Jeram Toi di Jelebu akibat banjir baru-baru ini.
Kesan kemusnahan Taman Eko Rimba Jeram Toi di Jelebu akibat banjir baru-baru ini.
A
A
A

JELEBU - Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke Taman Eko Rimba Jeram Toi di sini untuk melihat kesan kemusnahan yang berlaku susulan bencana banjir baru-baru ini.

Pengarahnya, Saleh Awaluddin berkata, keadaan jalan tersebut masih tidak stabil dan berisiko akibat kejadian tanah runtuh.

"Kita bimbang sekiranya tiba-tiba berlaku tanah runtuh ketika orang awam ada di situ kerana struktur jalan itu masih tidak stabil.

"Sebab itulah pada 20 Disember lalu, kita mengeluarkan arahan yang semua taman eko rimba kawasan pendakian dalam hutan simpanan kekal di negeri ini ditutup susulan bencana banjir berlaku,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Kelihatan orang awam datang melihat kesan kemusnahan Taman Eko Rimba Jeram Toi di Jelebu.
Kelihatan orang awam datang melihat kesan kemusnahan Taman Eko Rimba Jeram Toi di Jelebu.

Beliau berkata, pusat rekreasi berkenaan yang musnah 100 peratus hanya akan dibuka semula apabila didapati benar-benar selamat dikunjungi.

Jelas beliau, pihaknya sudah memohon peruntukan daripada kerajaan negeri dan persekutuan untuk membaik pulih segala kerosakan.

"Saya jangkakan tempoh pembaikan akan mengambil masa agak lama. Kita akan buat secara berperingkat, bergantung kepada peruntukan yang diterima.

Artikel Berkaitan:

"Soal pembersihan kawasan, tiada masalah. Cuma keadaan jalan masuk ke situ yang memerlukan banyak pembaikan," katanya.