Bekalan elektrik di 296 kawasan di Lembah Klang pulih

Foto Facebook TNB Careline
Foto Facebook TNB Careline
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan elektrik di 296 kawasan di Lembah Klang sudah dipulihkan setakat 12 tengah hari pada Selasa.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi satu hantaran di Facebook TNB Careline pada Selasa memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 178 daripadanya adalah di Selangor, manakala 118 lagi di Kuala Lumpur.

Menurut hantaran itu, bekalan elektrik juga telah pulih di 510 kawasan di Pahang, manakala pemulihan tersebut juga melibatkan 25 kawasan di Negeri Sembilan.

"Terdapat juga kawasan yang belum menerima bekalan elektrik meskipun banjir di tempat berkenaan sudah surut.

“Hal ini disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” kata hantaran itu.

Menurut hantaran itu, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Kata hantaran itu, antara kawasan belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan sementara bekalan oleh TNB ialah di Central Link, di Sepang; Pantech (TX), United Print Process, FDN Hartanah, Padat Sri Muda Lot 33 AXIS, Axis 16, Pasterna Industry, Lot 25 Axis, ECP Publication (TX), Lot 3 Axis, Impact Colour, di Shah Alam dan di Reban Ayam Jalan Makmur, Ladang Sungai Rambai 1 dan 2, di Kuala Selangor.

Kawasan yang turut menghadapi penutupan sementara bekalan eletrik di Pahang ialah KTC Poultary Farm, Orang Asli Sungai Dua, Sarang Burung Sri Telemong, Karak Land, Celcom Karak, Boiler Breeder, di Bentong dan di Machang Gelap, Pesagi serta Kampung Temiang, Pejing, di Triang.

Artikel Berkaitan:

Bekalan elektrik juga masih belum dipulihkan di Celcom dan Telapak Buruk, Seremban, Negeri Sembilan serta Menara Meridian dan Padat JPS Batu Muda di Kuala Lumpur.