Piala Perancis: Lyon, Paris FC disingkir, didenda

Insiden kekecohan dalam kalangan penyokong-penyokong ketika Lyon berdepan Paris dalam kempen Piala Perancis di Paris.
Insiden kekecohan dalam kalangan penyokong-penyokong ketika Lyon berdepan Paris dalam kempen Piala Perancis di Paris.
A
A
A

OLYMPIQUE Lyonnais dan Paris FC disingkirkan daripada saingan Piala Perancis setelah perlawanan awal bulan ini tertangguh berikutan insiden kekecohan dalam kalangan penyokong kedua-dua kelab itu, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF).

Tragedi di Stadium Charlety, Paris pada 17 Disember itu menyaksikan penyokong kedua-dua kelab bergaduh dan sebahagian daripada mereka turun ke padang untuk membaling suar antara satu sama lain semasa kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Tragedi ini adalah yang terbaharu dalam beberapa siri insiden mencemarkan arena bola sepak Perancis musim ini, menyebabkan presiden FFF, Noel Le Graet menyifatkannya sebagai satu malapetaka dan memalukan juara dunia tersebut.

Suruhanjaya Tatatertib FFF juga mendenda kelab tangga keempat Ligue 1, Lyon €52,000 (AS$58,890) manakala Paris FC yang kini di kedudukan kelima Ligue 2 pula dikenakan denda €10,000.

Sementara itu, penyokong-penyokong Lyon dilarang menghadiri perlawanan di tempat lawan dalam pertandingan domestik sepanjang musim ini.

Les Gone selain itu juga menerima penggantungan daripada kempen Piala Perancis 2022/23 dengan amaran kelab itu dibuang semula jika para penyokong melakukan keganasan yang mengakibatkan perlawanan dihentikan.

Lyon sebelum ini telah pun dikenakan pemotongan mata selepas perlawanan menentang Olympique de Marseille di laman keramat mereka ditangguhkan bulan lalu selepas pemain Marseille, Dimitri Payet terkena botol yang dibaling dari tempat duduk penonton.

Hukuman dikenakan terhadap Lyon-Paris FC, menyaksikan Nice terus mara ke pusingan seterusnya.

Artikel Berkaitan: