Pengembara luar negara ke Sabah perlu lengkap kuarantin

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengembara antarabangsa dari negara disekat perjalanan sementara dan berisiko tinggi Covid-19 tidak dibenarkan masuk ke Sabah sehingga lengkap tempoh kuarantin tujuh hingga 14 hari berkuat kuasa pada Isnin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, pengembara yang telah lengkap divaksin dari negara berisiko juga negara selain disenaraikan berisiko perlu menjalani tujuh hari kuarantin, manakala pengembara belum lengkap divaksin perlu menjalani 10 hari kuarantin.

“Pengembara juga perlu membuat ujian RT-PCR Covid-19 dalam tempoh dua hari sebelum berlepas dari negara berkenaan, ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan dan tidak dibenarkan kuarantin di rumah.

"Selain itu ujian RT-PCR juga perlu dibuat pada hari kelima untuk kuarantin tujuh hari dan hari kelapan bagi kuarantin 10 hari, penilaian risiko pada hari terakhir dan lanjutan kuarantin sekiranya perlu," katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Beliau berkata pengembara juga perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan (eHDF) di laman sesawang https://sm.jknsabah.gov.my/HDF/hdf.php sebelum berlepas ke Sabah dan mematuhi panduan kemasukan Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Masidi berkata, jumlah kes positif Covid-19 hari ini sebanyak 125 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 239,715 kes dengan dua kematian direkodkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: