SPM 2018: Sekolah luar bandar Sabah atasi pencapaian sekolah bandar

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Sekolah luar bandar Sabah buat pertama kali mengatasi pencapaian sekolah bandar dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2018 dengan jurang perbezaan lulus sebanyak 0.99 peratus.

bandar 87.19 peratus, sekali gus menunjukkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar Sabah semakin meningkat setiap tahun.

Beliau berkata lonjakan prestasi memberangsangkan sekolah luar bandar itu merupakan sejarah dalam pencapaian keputusan SPM di Sabah seterusnya menghapuskan istilah sekolah di kawasan itu ketinggalan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.

“Penempatan perkhidmatan guru interim di sekolah luar bandar bermula awal tahun lalu merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian sekolah di kawasan itu.

“Ini kerana, selama ini, masalah utama dihadapi sektor pendidikan Sabah adalah kekurangan guru di luar bandar, namun, dengan pelantikan guru interim berdasarkan opsyen dapat memenuhi keperluan guru di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan SPM 2018 bagi Sabah di sini, hari ini.

Mistirine berkata komitmen serta kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikuasai para guru interim, terdiri daripada guru kelahiran Sabah, juga memberi impak kepada pencapaian pelajar sekolah di luar bandar.

Selain itu, dialog prestasi berfokus melibatkan kerjasama sektor pengurusan akademik, sekolah dan guru turut menyumbang kepada peningkatan pencapaian SPM sekolah luar bandar, katanya.

Menerusi dialog itu, Mistirine berkata, sekolah khususnya guru perlu memberi fokus meningkatkan kadar kelulusan mata pelajaran mengalami penurunan pada peperiksaan sebelumnya selain berusaha meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Mistirine berkata, pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) SPM 2018 Sabah meningkat 0.07 iaitu 5.44 berbanding 5.51 pada 2017, manakala peratusan lulus pula turut meningkat 2.33 peratus iaitu 88.53 peratus berbanding 86.20 peratus pada 2017.

"Seramai 17,420 calon SPM 2018 lulus semua mata pelajaran sekurang-kurangnya gred E berbanding seramai 17,217 pada 2017, manakala seramai 152 calon berjaya dengan cemerlang memperoleh Gred A (A+, A, dan A-) pada 2018," katanya.

Sebanyak 22 daripada 53 mata pelajaran diambil calon SPM 2018 di Sabah mencapai kelulusan 100 peratus, katanya. - Bernama