Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 3 Januari

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Luruan monsun yang sedang melanda negara ketika ini dijangka akan berterusan sehingga 3 Januari depan.

Ia berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD-WRF); Pusat Eropah untuk Ramalan Cuaca Julat Sederhana (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, pada masa sama terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah sehingga 2 Januari depan dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember ini, manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember hingga 3 Januari depan.

Ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung, utara Sarawak dan Sabah pula diramal berterusan sehingga 2 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau sehubungan itu berkata, orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari dan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran ribut petir apabila keadaan perlu.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini," katanya.