Banjir: 48 maut, lima masih hilang

Rakaman gambar situasi banjir kilat yang berlaku di sebuah taman perumahan di Bukit Kemuning, Shah Alam pada 19 Disember lalu.
Rakaman gambar situasi banjir kilat yang berlaku di sebuah taman perumahan di Bukit Kemuning, Shah Alam pada 19 Disember lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seramai 48 orang maut dalam kejadian banjir seluruh negara baru-baru ini, manakala lima lagi masih hilang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Selangor kekal dengan 25 mangsa, selain Pahang (20 mangsa) dan Kelantan (tiga mangsa).

"Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita, sementara di Pahang melibatkan 14 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki.

"Mangsa di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan jumlah mangsa korban akibat banjir di Selangor, Pahang dan Kelantan ialah seramai 47 orang.

Artikel Berkaitan: