Israel lulus rancangan tambah peneroka haram di Bukit Golan

Gambar fail menunjukkan sebuah kereta kebal Israel mengawal Bukit Golan yang dikuasai Israel. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sebuah kereta kebal Israel mengawal Bukit Golan yang dikuasai Israel. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Israel pada Ahad meluluskan peruntukan sebanyak AS$317 juta (RM1.3 bilion) untuk menggandakan peneroka haram Yahudi di Bukit Golan selepas ia merampas wilayah tersebut dari Syria dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Kabinet Perdana Menteri, Naftali Bennett meluluskan rancangan itu yang bertujuan untuk membina 7,300 rumah peneroka haram dalam tempoh lima tahun dalam satu mesyuarat di Bukit Golan.

Peruntukan itu adalah untuk membina perumahan, infrastruktur dan projek lain dengan tujuan menarik kira-kira 23,000 peneroka haram Yahudi yang baharu ke kawasan itu.

"Tujuan kami adalah untuk menggandakan populasi di Bukit Golan," kata Bennett.

Namun, beliau terpaksa meninggalkan mesyuarat itu setelah seorang anak perempuannya yang berusia 14 tahun diuji positif Covid-19.

Ini menyebabkan beliau terpaksa mengasingkan diri kerana Perdana Menteri tersebut ialah kontak kepada anak perempuannya. - Agensi

Artikel Berkaitan: