X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Manchester City tenang jarakkan diri dari Liverpool

Sterling antara pencetak gol Manchester City pada perlawanan menentang Leicester City di Etihad.
A
A

PENYANDANG juara Manchester City memperkukuhkan cengkaman takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berpesta gol ketika membelasah Leicester City 6-3 di Stadium Etihad.

Enam gol masing-masing daripada Kevin De Bruyne (5'), Riyad Mahrez (14') İlkay Gündoğan (21'), Raheem Sterling (25', 87') dan Aymeric Laporte (69') sudah cukup membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola itu berkelebihan enam mata meninggalkan pesaing terdekat.

Anak buah Guardiola kini mengumpul 47 mata meninggalkan pesaing terdekat Liverpool, yang perlawanan menentang Leeds United ditangguhkan akibat kes Covid-19 dalam kelab Yorkshire itu, dengan 41 mata.

Lima perlawanan lain juga tidak kurang impaknya apabila 26 gol terhasil biarpun dihantui penularan kes Covid-19 dalam kalangan beberapa kelab saingan EPL.

Arsenal yang tanpa kelibat Pierre-Emerick Aubameyang pula memperkukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas apabila menang besar 5-0 ke atas Norwich City di Carrow Road.

Sementara itu, Chelsea kembali garang selepas prestasi terumbang ambing di saingan liga sebelum ini apabila menikmati kemenangan 3-1 di Aston Villa.

Tottenham Hotspur pula menewaskan Crystal Palace 3-0 manakala Southampton menikmati kemenangan mengejut 3-2 di West Ham United.

Keputusan pada Isnin menyaksikan Chelsea berada di tangga ketiga juga dengan 41 mata, manakala Arsenal naik ke tangga keempat dengan 35 mata.

Dalam pada itu, Brighton & Hove Albion menamatkan 11 perlawanan tanpa kemenangan apabila menewaskan Brentford 2-0 untuk menduduki tempat kesembilan - hasil jaringan Leandro Trossard dan Neal Maupay menjaringkan gol sebelum rehat.

Aksi Wolverhampton Wanderers- Watford dan Burnley-Everton ditangguhkan kerana wabak Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!