Giliran Vieira terlepas aksi di Tottenham Hotspur

Patrick Vieira
Patrick Vieira
A
A
A

PENGURUS Crystal Palace, Patrick Vieira terlepas mengemudi The Eagles untuk perlawanan menentang Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad selepas disahkan positif Covid-19, kata kelab Inggeris itu.

Penolong pengurus Osian Roberts akan mengendalikan The Eagles menentang Tottenham.

"Kami boleh mengesahkan bahawa pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira mengasingkan diri selepas mengembalikan ujian positif untuk Covid-19, dan akan tidak hadir di garisan tepi untuk perlawanan hari ini menentang Spurs," kata Palace di Twitter.

Palace berada di tangga ke-11 dalam saingan liga dengan 20 mata daripada 17 perlawanan.

Media Britain melaporkan bahawa status perlawanan menentang Tottenham diragui berikutan penularan Covid-19 di Palace tetapi kelab London Selatan itu mengesahkan kira-kira tiga jam sebelum sepak mula bahawa ia akan diteruskan.

Lawatan Palace ke Watford minggu lalu ditangguhkan kerana kes Covid-19 di laman tuan rumah.

Artikel Berkaitan: