KBS kenalpasti penaja berminat

Dr Wan Azizah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Atlet Paralimpik, Lee Seng Chow pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Paralimpik Malaysia ke Sukan Para Asia Indonesia.
Dr Wan Azizah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Atlet Paralimpik, Lee Seng Chow pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Paralimpik Malaysia ke Sukan Para Asia Indonesia.
A
A
A
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang berpotensi serta berminat untuk menaja Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penaja berpotensi itu menunjukkan respons yang positif ketika perbincangan ringkas, namun tiada sebarang perjanjian dimeterai buat masa ini.

Ujarnya, buat pada masa ini, wujud kebimbangan dalam kalangan penaja terbabit mengenai urus tadbir kewangan jika tajaan disalurkan kepada pihak berkenaan.

"Saya selalu tekankan kepada mereka, kalau mereka boleh melabur beratus juta ringgit untuk membeli kelab luar kenapa tidak boleh menyumbang bakti dalam bola sepak tanah air.

"Mereka ini pun menjiwai semangat bola sepak tanah air, cuma mereka hendak pastikan duit itu diperuntukkan dengan betul.
Artikel Berkaitan:


"Saya setuju bahawa urus tadbir perbelanjaan kena baik supaya akhirnya setiap sen dibelanjakan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan.

--TAMAT--