Tuan Ibrahim dijangkiti Covid-19

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.

Dalam catatan di Facebooknya, beliau berkata, empat anak dan seorang cucu beliau turut dijangkiti wabak tersebut dan telah menjalani kuarantin.

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19.

“Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” menurut catatan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: