Bekalan elektrik di 794 kawasan di empat negeri pulih

Usaha memastikan bekalan elektrik ke kawasan terjejas banjir dipulihkan secara berperingkat diteruskan. - Foto Bernama
Usaha memastikan bekalan elektrik ke kawasan terjejas banjir dipulihkan secara berperingkat diteruskan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan elektrik di 623 kawasan yang terjejas banjir di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sudah dipulihkan setakat 12 tengah hari Ahad.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) Careline menerusi hantaran di Facebook memperincikan 480 kawasan itu terletak di Pahang, 25 di Negeri Sembilan dan 118 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bekalan elektrik di 171 kawasan di Selangor telah dipulihkan setakat 12 tengah hari Ahad.

"Bagaimanapun, jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, ini adalah kerana pencawang kuasa yang membekalkan elektrik di premis anda belum selamat sepenuhnya untuk diaktifkan,” katanya.

TNB Careline juga berkata, 80 kawasan di Selangor, 37 di Pahang, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masih belum menerima bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Usaha bagi memastikan bekalan elektrik ke kawasan terjejas dipulihkan secara berperingkat diteruskan, tertakluk kepada akses dan keadaan setempat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: