Sila log masuk terlebih dahulu.

Desmond Tutu meninggal dunia pada usia 90 tahun

Pemergian penerima Hadiah Keamanan Nobel itu disahkan menerusi satu kenyataan oleh Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa. - Gambar fail/Reuters
Pemergian penerima Hadiah Keamanan Nobel itu disahkan menerusi satu kenyataan oleh Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa. - Gambar fail/Reuters
A
A
A

JOHANNESBURG - Desmond Tutu, ikon penentang aperteid di Afrika Selatan, meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Pemergian penerima Hadiah Keamanan Nobel itu disahkan menerusi satu kenyataan oleh Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.

Menurut kenyataan itu, beliau menggambarkan kehilangannya sebagai sebuah episod kedukaan apabila negara menyaksikan pemergian seorang lagi tokoh kemerdekaan tersohor.

“Tutu mengubah nasibnya kepada peluang untuk meningkatkan kesedaran serta mengurangkan penderitaan orang lain,” kata Ramaphosa dalam kenyataan itu.

Mendiang lantang bersuara menentang sistem penindasan ke atas populasi kulit hitam di Afrika Selatan ketika era penjajahan.

Paderi Besar itu dianugerahkan Hadiah Nobel Prize pada 1984 untuk kempennya menentang pemerintahan golongan kulit putih. - Awani

Artikel Berkaitan: