X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

2,778 kes positif Covid-19 hari ini

Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 pada Ahad mencatatkan angka bawah 3,000 dengan merekodkan 2,778 kes menjadikan jumlah kumulatif 2,741,179.

Kali terakhir negara ini merekodkan jumlah kes Covid-19 bawah 3,000 adalah pada 20 Disember lalu dengan 2,589 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 2,718 adalah Kategori Satu dan Dua, manakala selebihnya merupakan pesakit Kategori Tiga, Empat dan Lima.

"Kes harian itu melibatkan 129 kes import dan 2,649 kes tempatan sementara kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 306 kes manakala 170 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lagi kluster baharu dikesan menjadikan 218 kluster yang masih aktif sehingga kini, manakala nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini merekodkan nilai 0.88, setakat semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, 418 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir dengan membabitkan satu kes di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 3 petang Ahad..

Katanya, 193 kes penyakit berjangkit turut dikesan dalam kalangan mangsa banjir iaitu 94 kes melibatkan Jangkitan Saluran Pernafasan Akut; penyakit kulit (67); 'Acute Gastroenteritis' (30); dan masing-masing satu kes bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta konjunktivitis. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!