Pemain liga Algeria meninggal dunia

Loukar
Loukar
A
A
A

KAPTEN Mouloudia Club Saida, Sofiane Loukar, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung semasa perlawanan Divisyen Dua Algeria di Oran pada Sabtu, lapor sebuah akhbar tempatan.

Menurut Agensi APS, Loukar sebelum itu cedera selepas bertembung dengan penjaga golnya pada separuh masa pertama perlawanan Ligue 2 menentang ASM Oran di Stade Habib Bouakeul.

Pemain berusia 28 tahun yang mendapat rawatan selepas itu meneruskan permainan sebelum rebah kira-kira 10 minit kemudian, lapor agensi itu.

Loukar kemudian dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia dalam perjalanan, kata APS.

Artikel Berkaitan: