Gerrard tabik karakter pemain Aston Villa

Gerrard
Gerrard
A
A
A

STEVEN Gerrard menyifatkan para pemain Aston Villa berhak mendapat pujian atas kejayaan The Villa memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak dia mengendalikan kelab Birmingham itu.

Villa tewas lima perlawanan liga berturut-turut dan hanya dua mata di atas zon penyingkiran apabila Gerrard meninggalkan juara Scotland, Rangers untuk menggantikan Dean Smith, dipecat sebagai pengurus pada November.

Sejak Gerrard tiba di Villa Park, kelab itu mempamerkan prestasi membanggakan apabila melonjak daripada tangga ke-16 kepada tangga ke-10 dan mengintai kemenangan kelima dalam tujuh perlawanan liga apabila melayan kunjungan sensasi London, Chelsea.

"Saya mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa dengan keupayaan dimiliki kami mampu memberikan impak dan pemain berhak mendapat pujian kerana pergi dan melaksanakan persembahan itu.

"Sebaik sahaja saya mula bercakap tentang Villa, perkara pertama yang saya lakukan ialah melihat perlawanan dalam jangka pendek.

"Saya fikir pemain telah melakukan dengan sangat baik dari segi pulangan mata," kata bekas kapten Liverpool dan England itu yang membawa beberapa kakitangan kejurulatihannya bersamanya dari gergasi Glasgow Rangers.

Di bawah Gerrard, Villa menewaskan Brighton, Crystal Palace, Leicester dan Norwich manakala tewas tipis kepada penyandang juara Manchester City dan Liverpool.

"Kami hampir meraih mata daripada perlawanan City juga. Perlawanan Liverpool sedikit berbeza - mereka mendominasi sebahagian besar.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi saya fikir kami telah memberikan impak yang cukup baik apabila membuatkan mereka sangat gementar pada peringkat akhir permainan itu.

"Pemain harus yakin dan ada kepercayaan terhadap kemampuan masing-masing dalam meraih keputusan positif menjelang kepadatan jadual liga," kata Gerrard.

Sementara itu dalam perkembangan terkini, jurucakap kelab berkata: "Aston Villa mengesahkan ketua jurulatih Steven Gerrard tidak akan dapat mengikuti dua perlawanan Liga Perdana Inggeris berdepan Chelsea dan Leeds United apabila dia akan menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19."