25 lagi kematian baharu Covid-19

KKM melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. Foto hiasan
KKM melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,315 orang, daripada 2.73 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 25 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 45,591 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 38,097 individu atau 83.46 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,657 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 3,513 kes dirawat di hospital dan 324 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 149 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 175 lagi memerlukan mesin ventilator.- Awani