Tubuh jawatankuasa khas: Sultan Johor

Sultan Johor berkenan melawat mangsa di HSI. - Foto: Royal Press Office
Sultan Johor berkenan melawat mangsa di HSI. - Foto: Royal Press Office
A
A
A

PASIR GUDANG - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengenal pasti beberapa perkara dalam menangani isu pencemaran sisa kimia.

Baginda Tuanku bertitah, jawatankuasa tersebut juga perlu merangka satu prosedur operasi standard (SOP) kelak perlu dipatuhi oleh semua pihak bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang di Johor.

Titahnya, perkara lain yang perlu diutamakan juga adalah pembangunan sistem amaran awal sekiranya berlaku pencemaran udara mahupun air.

“Dengan adanya sistem berkenaan, sekiranya berlaku apa-apa pencemaran sama ada di udara atau air, maka pihak berkuasa dapat memberi amaran awal kepada penduduk.

“Pada masa sama, penduduk juga dapat membuat persiapan awal, manakala pasukan kecemasan atau pihak berkuasa dapat bergerak lebih awal,” titah baginda kepada Royal Press Office seperti dipetik dari Facebook rasminya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan berangkat ke Hospital Sultan Ismail (HSI) melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa kimia yang sedang mendapatkan rawatan.

Sultan Johor bertitah, demi mengutamakan keselamatan rakyat, baginda berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM1 juta.

“Oleh demikian, saya mahu jawatankuasa khas diwujudkan segera dan memberi penekanan kepada perkara-perkara yang telah saya tegaskan sebelum ini,” titahnya.

Artikel Berkaitan: