X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Covid-19: 3,160 kes baharu hari ini

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 kekal mencatat trend menurun dengan 3,160 kes dilapor pada Sabtu berbanding 3,528 kes pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Sabtu adalah hari keenam berturut-turut negara merekodkan angka kes harian di bawah 4,000 dan kali terakhir jumlah kes melebihi 4,000 adalah pada 18 Disember lalu dengan 4,083 kes.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini ialah 2,738,401.

"Daripada keseluruhan jumlah kes hari ini, 3,004 melibatkan kes tempatan manakala 156 kes lagi adalah kes import.

"Sebanyak 3,094 kes atau 97.9 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala 66 kes atau 2.1 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh mencatatkan 4,421 kes menjadikan kumulatif kes sembuh ialah 2,661,495.

Sementara itu, 324 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 175 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan tiga lagi kluster baharu dikesan menjadikan 223 kluster masih aktif setakat ini.

Mengenai perkembangan banjir, Dr Noor Hisham berkata, hingga jam 3 petang Sabtu terdapat 409 kes Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir, bagaimanapun tiada kes Covid-19 dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, 185 kes penyakit berjangkit turut dikesan dalam kalangan mangsa banjir melibatkan melibatkan 103 kes jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit (52), Acute Gastroenteritis (AGE) (22) dan konjunktivitis (8). - Bernama

Pada 25 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,160 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,738,401 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 25, 2021


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!