X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan: Ahmad Maslan

Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang dijadualkan Januari depan ditangguhkan susulan bencana banjir.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] UMNO membuat keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 12 sehingga 15 Januari tahun depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan tersebut susulan bencana banjir yang berlaku banyak di kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

"Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih tidak dapat mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir.

"PAU biasanya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 UMNO Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.

"Tarikh PAU 2021 sepatutnya ialah pada 12 hingga 15 Januari 2022 akan ditangguh ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, UMNO turut berdukacita terhadap rakyat yang terkesan akibat bencana banjir dan berharap jentera UMNO, Barisan Nasional (BN), kerajaan Pusat serta kerajaan negeri terus membantu mangsa banjir.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!