Sila log masuk terlebih dahulu.

Agong lawat mangsa banjir di Shah Alam

Yang di-Pertuan Agong berkenan bertanya khabar keadaan mangsa banjir di PPS CIAST, Seksyen 19, Shah Alam pada Sabtu.
Yang di-Pertuan Agong berkenan bertanya khabar keadaan mangsa banjir di PPS CIAST, Seksyen 19, Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu berkenaan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan bantuan kelengkapan berserta wang tunai kepada mangsa banjir.

Turut mengiringi, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

PPS tersebut menempatkan 149 mangsa daripada 39 keluarga yang terdiri daripada 82 lelaki dan 67 wanita.

Seri Paduka Baginda turut dijadualkan melawat ke Masjid Taman Seri Muda selepas selesai mencemar duli di PPS tersebut.

Artikel Berkaitan: