X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Comoros intai kejutan penampilan sulung

El Fardou Ben Mohamed
A
A

KEPULANGAN Comoros merekrut 26 pemain termasuk seorang pemain kelahiran Perancis bagi menggalas cabaran pada penampilan pertama di pusingan akhir kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika.

Jurulatih Amir Abdou mengumumkan skuadnya sebelum berlepas ke Arab Saudi yang menjadi venue latihan persiapan dan perlawanan pemanas badan pasukan tersebut.

Pasukan Comorian akan berlatih di Jeddah dan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast dan Malawi sebelum ke Cameroon pada 5 Januari.

Pasukan dari kumpulan pulau Lautan Hindi itu merupakan antara pesaing yang mengejutkan lawan pada fasa kelayakan, mencapai kemajuan luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Seramai 22 pemain daripada skuad itu dilahirkan di tanah besar Perancis dan tiga lagi di Mayotte, wilayah Perancis.

Hanya seorang pemain - Abdallah Ali Mohamed dari kelab Divisyen Dua Switzerland, Stade Lausanne-Ouchy - dilahirkan di Comoros.

Untuk rekod, Comoros diundi dalam Kumpulan C bersama Gabon, Ghana dan Maghribi, akan membuat penampilan sulung menentang Gabon di Yaounde pada 10 Januari.


SKUAD KEPULAUAN COMOROS

Penjaga Gol: Ali Ahamada (x), Ben Salith Boina (US Endoume), Moyadh Ousseni (Frejus Saint-Raphael)

Pertahanan: Kassim Abdallah (Marignane-Gignac), Nadjim Abdou (Martigues), Chaker Alhadhur (AC Ajaccio), Kassim Mdahoma (US Avranches), Abdallah Ali Mohamed (Stade Lausanne-Ouchy), Bendjaloud Youssouf (Chateauroux), Younn Zahary (Cholet)

Tengah: Rafidine Abdullah (Stade Lausanne-Ouchy), Nakibou Aboubakari (Sete), Fouad Bachirou (Omonia Nicosia), Said Bakari (RKC Waalwjik), Yacine Bourhane (Go Ahead Eagles), Nasser Chamed (Gaz Metan Medias), Youssouf Mchangama (En-Avant Guingamp), Iyad Mohamed (AJ Auxerre), Mohamed Youssouf (AC Ajaccio)

Penyerang: El Fardou Ben Mohamed (Red Star Belgrade), Moussa Djoumoi (Saint-Priest), Faiz Mattoir (Cholet), Mohamed Mchangama (FC Nouadhibou), Ali Mmadi (Epinal), Ahmed Mogni (Annecy), Faïz Selemani (Kortrijk).



Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!