X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Dijemput Ilahi ketika bantu mangsa banjir

Ahmad Zaki dilaporkan pitam dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Daerah Banting.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia (JAM), Ahmad Zaki Mahbar meninggal dunia ketika bertugas dalam Ops Banjir di Bukit Changgang, Sepang pada Jumaat.

Penasihat JAM Negeri, Mohd Yusni Mat Piah berkata, Ahmad Zaki dilaporkan pitam dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Daerah Banting.

“Sangat besar pengorbanan beliau yang turut terlibat dalam operasi banjir bersama anggota Jabatan Amal Malaysia dari seluruh negara.

“Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran di sisi ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para Syuhada,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham.

“Petang ini (Jumaat) saya mendapat perkhabaran sedih, Ahmad Zaki dari JAM Mersing baru sahaja meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Banting.

“Almarhum bersama team JAM Mersing dari Johor datang membantu mangsa banjir dalam misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar yang terjejas.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh pasukan Jabatan Amal Malaysia. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!