SW Food sumbang 24,000kg beras kepada mangsa banjir

Sebanyak 1,300 kampit beras Jati 5kg disumbangkan kepada Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, di Puchong untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Sebanyak 1,300 kampit beras Jati 5kg disumbangkan kepada Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, di Puchong untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
A
A
A

ALOR SETAR - Musibah banjir yang melanda beberapa negeri terutamanya Selangor menyaksikan pelbagai pihak termasuk syarikat korporat tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa menerusi semangat Keluarga Malaysia.

Pengarah Serba Wangi, Low Zi Shi berkata, prihatin dengan musibah tersebut, SW Food Sdn Bhd melalui Jati Foundation turut bersama menghulurkan bantuan.

Menurutnya, sebanyak 24,000 kilogram (kg) beras diagihkan kepada beberapa badan kebajikan sekitar Lembah Klang, antaranya Kembara Community Care Centre di Shah Alam, Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia di Puchong dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor untuk diedarkan kepada mangsa banjir.

“Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mereka yang terjejas dan menjadi tanggungjawab syarikat untuk bersama menghulurkan bantuan ketika negara dilanda musibah yang tidak diduga seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Zi Shi berkata, pihaknya akan meneruskan inisiatif ini pada masa akan datang dan berharap bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat memberi sinar kepada mangsa terlibat.

Sebanyak 300 kampit beras jati 10kg diberikan kepada Kembara Community Care Centre, Shah Alam dalam misi bantuan mangsa banjir.
Sebanyak 300 kampit beras jati 10kg diberikan kepada Kembara Community Care Centre, Shah Alam dalam misi bantuan mangsa banjir.

“Sebarang maklumat lanjut berkaitan bantuan kepada mangsa banjir boleh dibuat melalui emel marketing@malaysiarice.com," katanya.

Jati Foundation ditubuhkan pada 2009 berpengkalan di Kedah dengan matlamat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada golongan sasar yang memerlukan.

Artikel Berkaitan:

Sejak penubuhannya, Jati Foundation menghulurkan bantuan dalam pelbagai aspek antaranya bantuan pendidikan, sumbangan dana dan barangan keperluan harian.

Antaranya, dana bulanan RM10,000 kepada rumah kebajikan terpilih, membaik pulih rumah penduduk kampung di Baling serta bantuan alat pembelajaran bernilai RM15,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Palanisamy Kumaran di Sungai Petani.

SW Food Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluaran dalam industri padi dan beras serta produk berasaskan beras yang terlibat dalam pemprosesan, perolehan, penyimpanan beras serta pengedaran dan pemasaran produk sama ada dalam mahupun luar negara.

Antara produk di pasaran ialah Jati, Jati Signature, ecoBrown’s, Kapal Layar, Carnation, Songhe Noble Pine Crane, Songhe Lotus dan Fres-Harves.