Pemuda UMNO, Skuad Sabil turun bantu mangsa banjir

Sebahagian ahli Pemuda UMNO bergotong-royong membersihkan sebuah masjid yang dilanda banjir di Bentong, Pahang pada Khamis.
Sebahagian ahli Pemuda UMNO bergotong-royong membersihkan sebuah masjid yang dilanda banjir di Bentong, Pahang pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda UMNO tidak ketinggalan menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir sejak minggu lepas di beberapa negeri di seluruh negara.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, rangkaian Pemuda UMNO yang luas dari Perlis hingga ke Sabah dapat sedikit sebanyak membantu negara berikutan kejadian banjir yang telah menjejaskan kehidupan mangsa terlibat.

"Lebih 2,000 ahli Pemuda UMNO dan Skuad Sabil dari bahagian UMNO tidak terjejas telah digerakkan untuk membantu termasuklah melibatkan penyerahan bantuan serta kerja-kerja pembersihan yang giat dijalankan.

"Bagi bahagian Pemuda UMNO di kawasan terjejas, fokus kini tertumpu kepada usaha menyelaras bantuan kepada golongan memerlukan dan memastikan semua penduduk mendapat keperluan asas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Syed Mohd Johan, Pemuda UMNO di seluruh negara turut membantu kawasan awam seperti pusat ibadah, sekolah, balai raya dan banyak lagi kawasan terjejas, selain kediaman penduduk.

Orang awam yang ingin menyalurkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir terlibat boleh berbuat demikian melalui akaun Bank CIMB bernombor 8000632311 atas nama Pemuda UMNO Malaysia.

Artikel Berkaitan: