Hujan, ribut petir di beberapa negeri esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Hari Krismas esok (25 Disember).

MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan ramalan cuaca pada waktu pagi itu turut membabitkan beberapa kawasan di Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu, Sarawak serta Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di satu dua kawasan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Pantai Barat dan Pedalaman di Sabah pada waktu petang.

"Pada waktu malam akan berlaku hujan di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Limbang, Miri dan Kapit), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman, Tawau dan Sandakan) dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut kenyataan itu.- Bernama

Artikel Berkaitan: