X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Murray dapat wild card di Terbuka Australia

Andy Murray
A
A

BEKAS pemain nombor satu dunia Andy Murray mendapat wild card dalam undian utama kejuaraan Terbuka Australia bulan depan, kata penganjur kejohanan tersebut.

Pemain Britain itu kini berada di kedudukan ke-134 ranking dunia selepas berehat panjang selepas menjalani pembedahan pinggul - mara ke final sebanyak lima kali di Melbourne Park - yang terakhir pada 2016 - walaupun tidak pernah merangkul mahkota kejuaraan berprestij tersebut.

"Saya sangat teruja untuk kembali bermain di Terbuka Australia.

"Saya pernah mengharungi detik-detik terindah dan hebat di Australia bermain di hadapan penonton yang menakjubkan dan saya tidak sabar untuk melangkah semula ke gelanggang di Melbourne Park," kata pemain berusia 34 tahun itu.

Untuk rekod, Murray merupakan juara Grand Slam tiga kali, kali terakhir bermain di gelanggang keras utama pada 2019.

Dia juga menerima wildcard pada 2021 tetapi tidak dapat bertanding pada kejuaraan utama pembukaan tahun itu selepas disahkan positif Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!