UMNO hantar sumbangan, sukarelawan bantu mangsa banjir

Antara 200 bakul makanan sumbangan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail kepada mangsa banjir di Kuala Langat dan Taman Seri Muda, Seksyen 25 Shah Alam, Selangor.
Antara 200 bakul makanan sumbangan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail kepada mangsa banjir di Kuala Langat dan Taman Seri Muda, Seksyen 25 Shah Alam, Selangor.
A
A
A

ALOR SETAR - UMNO Bahagian Alor Setar mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuala Langat dan Taman Seri Muda, Seksyen 25 Shah Alam, Selangor.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail, pihaknya telah menghantar 500 pek barang keperluan berupa air mineral dan makanan kering bagi membantu meringankan mangsa banjir di kawasan terlibat.

"Malah, sebanyak 200 bakul makanan telah diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.

"Sumbangan ini bagi menyatakan komitmen UMNO Alor Setar dalam membantu mangsa banjir yang terjejas teruk," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Yusoff memberitahu, Skuad Prihatin UMNO Alor Setar juga akan digerakkan ke lokasi bagi tujuan pembersihan sekiranya keadaan memerlukan di kawasan banjir tersebut.

Artikel Berkaitan: