Cameroon pertaruh tujuh pemain edisi 2017

IMBAS KEMBALI.. Pemain Cameroon meraikan kejayaan menjulang kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika 2017 selepas mengalahkan Mesir di Stade de l'Amitie Sino-Gabonaise, Libreville pada Februari 2017. FOTO: AFP
IMBAS KEMBALI.. Pemain Cameroon meraikan kejayaan menjulang kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika 2017 selepas mengalahkan Mesir di Stade de l'Amitie Sino-Gabonaise, Libreville pada Februari 2017. FOTO: AFP
A
A
A

TUAN rumah Cameroon mempertaruhkan tujuh pemain skuad yang memenangi perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika 2017, bulan depan dalam misi The Indomitable Lions mengulangi pencapaian tersebut.

Jurulatih Toni Conceiaco meletakkan pengalaman dalam kalangan pemain itu sebagai sandaran apabila berdepan Burkina Faso dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Yaounde pada 9 Januari, diikuti dengan pertemuan dengan Ethiopia dan Kepulauan Cape Verde.

Pemain pertahanan Collins Fai, Michael Ngadeu Ngadjui dan Ambroise Onyango, pemain sayap Clinton Njie dan penyerang Vincent Aboubakar, Christian Bassogog dan Karl Toko Ekambi sebelum ini mengecap kejayaan ketika Cameroon menewaskan Mesir pada final 2017 di Gabon untuk memenangi kejuaraan terakhir daripada lima gelaran Piala Negara-Negara Afrika itu.

Mereka kembali dalam skuad 28 pemain yang dinamakan oleh Conceicao dengan Njie, sebelum ini di Tottenham Hotspur, dipanggil semula selepas diketepikan untuk enam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada September dan November lalu.

Penjaga gol Andre Onana dan penyerang Bayern Munich, Eric Maxim Choupo Moting dipilih untuk skuad 2017 tetapi menarik diri sebelum kejuaraan itu, mahu kekal bersama kelab masing-masing.

Tetapi kedua-duanya tersedia untuk pusingan akhir 2021 yang ditangguhkan, yang akan berlangsung walaupun terdapat kebimbangan terhadap persediaan tuan rumah.

Skuad Cameroon

Penjaga gol:

Artikel Berkaitan:

Jean Efala (Akwa United), Devis Epassy (OFI Crete), Simon Omossola (Vita Club), Andre Onana (Ajax Amsterdam)

Pertahanan:

Jean-Charles Castelletto (Nantes), Enzo Ebosse (Angers), Collins Fai (Standard Liege), Olivier Mbaizo (Philadelphia Union), Michael Ngadeu Ngadjui (Gent), Harold Moukoudi (St Etienne), Jerome Onguene (Salzburg), Ambroise Oyongo (Montpellier), Nouhou Tolo (Seattle Sounders)

Tengah:

Samuel Gouet Oum (KV Mechelen), Martin Hongla (Verona), Pierre Kunde Malong (Olympiakos), James Lea Siliki (Middlesbrough), Jean Onana (Girondins Bordeaux), Yvan Neyou (St Etienne), Andre Zambo Anguissa (Napoli)

Penyerang:

Vincent Aboubakar (Al Nasr), Stephane Bahoken (Angers), Christian Bassogog (Shanghai Shenua, China), Eric Maxim Choupo Moting (Bayern Munich), Ignatius Ganago (Racing Lens), Nicolas Moumi Ngamaleu (Young Boys Berne), Clinton Njie (Dynamo Moscow), Karl Toko Ekambi (Olympique Lyonnais).