Air mata mengalir kenang detik rumah tenggelam

Keadaan selepas banjir di sekitar Kampung Kebun Bunga, Batu 3, Shah Alam, pada Khamis.
Keadaan selepas banjir di sekitar Kampung Kebun Bunga, Batu 3, Shah Alam, pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita hanya mampu mengalirkan air mata ketika dia menceritakan detik rumahnya di Kampung Kebun Bunga, Batu 3, di sini ditenggelami banjir, pada Sabtu lalu.

Berkongsi detik itu, wanita berusia 47 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Halina berkata, air mula memasuki rumahnya di bahagian dapur kira-kira jam 1.30 petang.

"Air mengalir dengan cepat dan saya sekeluarga terus bergegas menyelamatkan barang dan meletakkannya di tempat tinggi.

"Kami hanya sempat membawa keluar dokumen, kad bank dan sedikit wang tunai. Kami menjunjung semua barang yang sempat dibawa kerana air naik mendadak sehingga 0.5 meter.

Keadaan selepas banjir di sekitar Kampung Kebun Bunga, Batu 3, Shah Alam, pada Khamis.
Keadaan selepas banjir di sekitar Kampung Kebun Bunga, Batu 3, Shah Alam, pada Khamis.

"Kami meredah banjir dan berjalan ke jalan besar sementara menunggu bantuan tiba," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.

Surirumah itu memberitahu, dia tidak dapat membayangkan keperitan ketika itu kerana mereka semua dalam kesejukan dan sehingga kini masih trauma.

Katanya lagi, berikutan kejadian itu, dia berharap pemimpin dan wakil rakyat datang membantu penduduk yang terjejas serta menghulur bantuan dan keperluan.

Artikel Berkaitan: