Tiga lagi kes Omicron dikesan di Indonesia

Tiga kes baharu itu melibatkan pekerja asing Indonesia yang pulang dari Malaysia dan Republik Demokratik Congo. - Foto Reuters
Tiga kes baharu itu melibatkan pekerja asing Indonesia yang pulang dari Malaysia dan Republik Demokratik Congo. - Foto Reuters
A
A
A

JAKARTA - Tiga lagi kes Covid-19, varian Omicron telah dikesan di Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan setakat ini sebanyak lapan.

Tiga kes baharu itu melibatkan pekerja asing Indonesia yang pulang dari Malaysia dan Republik Demokratik Congo.

"Individu yang telah diuji positif semuanya diisolasi di Hospital Wisma Atlet Kemayoran di Jakarta," menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Setakat ini, semua kes import Omicron dikesan semasa menjalani kuarantin 10 hari dan masih belum ada penularan dalam komuniti. - Bernama

Artikel Berkaitan: