Produk organik bayi untuk kulit sensitif

A
A
A

MELIHAT bayi anda menangis dan menderita adalah sesuatu yang tidak diingini oleh ibu bapa. Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan bayi ialah ekzema. Ekzema biasanya terjadi pada bayi atau kanak kanak di bawah umur 5 tahun. Ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis.

Ekzema adalah keadaan radang pada kulit yang disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan ia akan menyebabkan kegatalan sehingga berdarah. Keadaan ini menyebabkan bayi anda berasa tidak selesa.

Menggunakan steroid bukan jawapannya kerana ia mempunyai kesan sampingan terutamanya pada kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ia bukanlah satu jangkitan.

Oleh itu, adalah amat penting bagi ibu bapa untuk memilih produk yang sesuai seperti produk yang mengandungi bahan semula jadi dan bukan produk yang mengandungi bahan kimia untuk si manja terutamanya jikalau mereka mempunyai kulit sensitif atau ekzema.

Selain daripada genetik, ekzema boleh disebabkan oleh bahan kimia perangsang yang terdapat dalam kebanyakan produk seperti sabun, pembersih atau minyak wangi di pasaran.

Atas matlamat tersebut, Olumizz Scent S/B telah memilih untuk bekerjasama dengan Babymama Trading Sdn Bhd, iaitu pemilik jenama Butik Tateh untuk melancarkan jenama organik Riley & Declan Baby Organics ekslusif di semua butik Tateh di seluruh negara bagi memudahkan ibu bapa memperoleh produk yang berkualiti untuk anak mereka.

Puteri Sarah (kiri) semasa pelancaran produk.
Puteri Sarah (kiri) semasa pelancaran produk.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh celebriti mummy Puteri Sarah Liyana Megat iaitu menantu kepada penerbit filem terkemuka Datuk Yusof Haslam; DJ Lin Ariffin dari Zayan FM dan Nazira Nazir, seorang blogger. Mereka percaya adalah amat penting untuk guna produk yang dirumuskan dengan bahan semula jadi terutamanya kerana kulit anak kecil amat sensitif.

Artikel Berkaitan:

“Kami mempunyai visi yang sama dengan Butik Tateh untuk menyediakan hanya yang terbaik untuk si manja, oleh itu produk kami dirumuskan dengan bahan ramuan organik semula jadi seperti lidah buaya (aloe vera), akar halia, lavender dan daun Shiso Jepun yang diiktiraf oleh Ecocert, iaitu perbadanan pengiktirafan organik antarabangsa dari Perancis.

No Image Caption

Produk kami adalah bebas daripada unsur-unsur tidak baik seperti SLS, SLES, parabens dan jeli petroleum,” kata Konsultant dari Olumizz Scent S/B, yang juga seorang Pendidik Kelahiran dan Kaunselor Laktasi Bertauliah, Hanz Jamaluddin.

Pada waktu ini, jenama Riley & Declan hanya melancarkan 5 sku yang terdiri daripada Head to Toe wash, Comfy Tummy Rub, Awesome Nappy Cream, Natural Mozzy Repellant Lotion dan Super Relief Cream.

No Image Caption

“Sebagai ibu bapa, kami sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak dan ingin mereka membesar dengan gembira. Produk Riley & Declan adalah produk organik tanpa steroid dan ia boleh menjadi pilihan ibu bapa yang anak mereka mempunyai masalah ekzema. Walaupun baru dilancarkan di pasaran, namun ia sudah mendapat sambutan positif daripada pengguna kami di Butik Tateh kerana kualiti dan harga mampu milik,” ujar Pengasas Butik Tateh, Siti Shafurah.

#Feminasinar