Hospital Sungai Bakap cari waris Halimah

Alamat terakhir Halimah ialah di No 567 Permatang Tinggi, Bakar Bata di Kepala Batas.
Alamat terakhir Halimah ialah di No 567 Permatang Tinggi, Bakar Bata di Kepala Batas.
A
A
A

NIBONG TEBAL- Hospital Sungai Bakap (HSB) mencari ahli keluarga atau waris seorang warga emas yang meninggal dunia di hospital itu pada Rabu.

Jurucakap Unit Forensik HSB berkata, Halimah atau Mariam Othman yang berusia 69 tahun itu meninggal dunia di HSB kerana jangkitan kuman dalam darah.

"Alamat terakhir warga emas berkenaan ialah di No 567 Permatang Tinggi, Bakar Bata di Kepala Batas. Dia dimasukkan ke Hospital Kepala Batas sebelum dirujuk ke HSB pada 7 Disember lalu untuk rawatan lanjut.

"Warga emas ini dirujuk di sini sementara menunggu penempatan di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia pada 8.45 malam Rabu," katanya.

Jelasnya, polis mengesan waris wanita berkenaan berdasarkan alamat terakhir dan carian maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara namun gagal.

"Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai warga emas itu, boleh menghubungi Unit Forensik HSB bagi urusan pengebumian," katanya.

Artikel Berkaitan: