Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekalan air di Petaling, Kuala Lumpur pulih

Bekalan air bagi kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang terjejas berikutan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) sejak Ahad, telah kembali pulih.
Bekalan air bagi kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang terjejas berikutan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) sejak Ahad, telah kembali pulih.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan air bagi kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang terjejas berikutan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) sejak Ahad, telah kembali pulih.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan setakat jam 6 pagi Khamis, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 95 peratus dengan Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur pulih 100 peratus manakala Hulu Langat mencecah 91.4 peratus.

“Bekalan air di 28 lagi kawasan yang masih terjejas di Hulu Langat akibat daripada henti tugas LRA Cheras Batu 11, dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10 pagi Jumaat (24 Disember).

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis- kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Kesemua empat LRA itu dihenti tugas berikutan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada Ahad lepas.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari masa ke masa menerusi semua medium khususnya media massa.

Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syairkat berkenaan seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. - Bernama

Artikel Berkaitan: