Bantuan khas RM500 untuk mangsa banjir di Pahang

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bersetuju memberikan bantuan khas RM500 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan itu sama seperti yang disumbangkan kepada mangsa banjir sebelum ini.

Menurutnya, penerima yang bakal menerima bantuan itu melibatkan empat kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mangsa tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara.

"Mangsa yang tinggal di rumah sewa dan yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke mana-mana juga layak menerima bantuan tersebut," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Wan Rosdy berkata, selain tanda prihatin terhadap mangsa banjir, sumbangan itu juga mengambil kira kemampuan dan keupayaan kewangan kerajaan negeri.

"Sumbangan RM500 ini dikira wajar dan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mangsa terlibat," katanya.

Artikel Berkaitan: