OKU curi wang tabung masjid dicekup

Gambar hiasan. - Foto: Sumber internet
Gambar hiasan. - Foto: Sumber internet
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran dicekup selepas mencuri wang dari tabung di Masjid Kubang Bemban, di sini pada Rabu.

OKU berusia 29 tahun itu dicekup oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) yang melakukan pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berkenaan dilihat mengayuh basikal masuk ke pekarangan masjid sebelum pergi membuka kunci tabung yang telah ditukarnya sebelum ini.

"Sebelum ini suspek didapati beberapa kali mencuri duit dalam tabung masjid dengan cara menukarkan mangga tabung itu sejak awal lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, hasil soal siasat yang dilakukan mendapati suspek pemegang kad OKU kategori masalah pembelajaran.

Mohd Nasaruddin berkata, suspek mengaku telah mencuri duit tabung masjid sebelum ini dan siasatan lanjut akan dibuat selepas permohonan reman ke atas suspek diperolehi.

Artikel Berkaitan: