Bukan nak jatuhkan kerajaan pun: Mohd Akmal

Pimpinan UMNO dan Pas mengadakan pertemuan rasmi buat kali pertama di Pejabat Pas Perak, malam tadi. - Foto FB MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Pimpinan UMNO dan Pas mengadakan pertemuan rasmi buat kali pertama di Pejabat Pas Perak, malam tadi. - Foto FB MOHD AKMAL KAMARUDDIN
A
A
A

IPOH - Pas Perak dan UMNO Perak mencipta sejarah tersendiri apabila pimpinan tertinggi mereka mengadakan pertemuan rasmi buat kali pertama di Pejabat Pas Perak, malam tadi.

Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pertemuan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu dipengerusikan bersama oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Katanya, antara perkara yang dibincangkan termasuklah halatuju kerjasama Pas dan UMNO di negeri ini selain bertukar fikiran bagaimana untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua parti itu.

"Kita ada bincangkan juga tentang pergolakan yang berlaku di dalam kerajaan PH di Perak dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Kalau nak tarik mereka bersama dengan kita, itu tak akan berlakulah. Kita bukan nak rampas kuasa pun. Tapi kalau mereka sukarela nak bersama kita, kita alu-alukan sebab dalam kalangan mereka dah tahu kepincangan yang berlaku," katanya yang juga ADUN Selama.

Pimpinan tertinggi UMNO Perak bersama pimpinan Pas negeri bertemu bagi membincangkan beberapa perkara mengenai kerjasama mereka. - Foto FB MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Pimpinan tertinggi UMNO Perak bersama pimpinan Pas negeri bertemu bagi membincangkan beberapa perkara mengenai kerjasama mereka. - Foto FB MOHD AKMAL KAMARUDDIN

Mohd Akmal berkata, perkara lain yang turut dibincangkan juga adalah persediaan untuk kerjasama dua parti itu menang dalam PRU15.

pertemuan tersebut hanyalah permulaan sahaja dan akan ada lagi siri perbincangan selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, segala perbincangan itu juga akan turut dimakluman kepada ahli-ahli parti di peringkat kawasan dan cawangan masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, pertemuan selama dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Muhammad Ismi Mat Taib; Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Ibrahim Zakaria; Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatusalehah Ahmad dan beberapa pimpinan Pas Perak yang lain.

Sementara itu daripada UMNO pula antara yang hadir, Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Hasbullah Osman; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dan beberapa lagi pemimpin di peringkat negeri.