Saksi kes langgar lari diminta tampil bantu siasatan

Cyril Edward Nuing
Cyril Edward Nuing
A
A
A

MERSING - Orang ramai atau saksi yang melihat kejadian kes kemalangan langgar lari sehingga menyebabkan kematian pada 21 Januari lalu diminta dapat tampil membantu pihak polis.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kejadian berlaku di KM 1, Jalan Tenggaroh-Tanjung Leman jam 4 petang.

"Ketika itu mangsa merupakan pejalan kaki dalam perjalanan dari arah simpang Tenggaroh menuju ke rumahnya di Felda Tenggaroh 5.

"Semasa sampai di tempat kejadian tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kenderaan berdasarkan pecahan lampu dan komponen kenderaan.

"Kenderaan tersebut kemudiannya melarikan diri dan gagal dikesan. Mangsa mendapat kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mangsa kemudian ditemui oleh polis bantuan Felda Tenggaroh yang bertugas pada jam 4 petang.

Jelasnya, orang ramai dan saksi yang melihat kejadian berlaku untuk tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Mersing.

"Orang ramai juga boleh berhubung terus ke 07-799 2222 Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing. Bantuan daripada pihak awam atau saksi kejadian amat diharapkan daripada pihak kami," katanya.

Artikel Berkaitan: