Saran tambah tanah pertanian

Tze Tzin (dua, kiri) semasa bertemu sebahagian pengusaha di Dewan Orang Ramai Rantau, semalam.
Tze Tzin (dua, kiri) semasa bertemu sebahagian pengusaha di Dewan Orang Ramai Rantau, semalam.
A
A
A

RANTAU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta pertimbangan kepada semua negeri untuk menambah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi mengurangkan import makanan.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin berkata, sekarang ini kerajaan terpaksa mengimport makanan bagi memenuhi keperluan dalam negara.

Katanya, ketika ini kerajaan mempunyai sebanyak 10,000 hektar TKPM bagi seluruh negara, namun jumlah itu masih belum mencukupi.

"Kita mengharapkan agar kerajaan negeri dapat menambah sekurang-kurangnya 2,000 hektar tanah digazetkan bagi tujuan pengeluaran makanan.

"Kalau kita ada cukup tanah, kita boleh tambah lagi pengeluaran makanan negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan import makanan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Seremban di Dewan Orang Ramai Rantau di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga meminta supaya kerajaan negeri memanjangkan tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada para pengusaha yang menjalankan produk pengeluar makanan.

"Saya harap tempoh TOL dapat dilanjutkan daripada 2 tahun kepada 10 hingga 15 tahun, bagi memudahkan pengusaha meningkatkan pelaburan mereka bagi tempoh yang lebih panjang.

Artikel Berkaitan:

"Kita faham ada kerajaan negeri yang bimbang, jika memberi pajakan dalam tempoh yang lama, ada pengusaha yang gagal, sebab itulah perlu ada perjanjian supaya kedua-dua pihak dapat manfaat," katanya.