Sungai Golok masih di paras bahaya

Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 9.21 meter walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan semakin baik sejak Isnin.
Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 9.21 meter walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan semakin baik sejak Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 9.21 meter walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan semakin baik sejak Isnin.

Bacaan berkenaan dikongsi laman web publicinfo.banjir sehingga jam 6 petang Rabu.

Melalui laman web yang sama, empat sungai lain mencatatkan bacaan di paras waspada iaitu Sungai Lebir di Kampung Karangan, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan.

Menurut laman web infobencana.jkm, mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) juga semakin berkurang iaitu hanya 10 PPS yang masih dibuka untuk menempatkan 1,782 mangsa daripada 603 keluarga yang terlibat.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,099 adalah golongan dewasa, 641 kanak-kanak, 42 orang bayi, 94 warga emas dan tujuh orang kurang upaya (OKU).

Walaupun keadaan banjir di negeri ini dilihat semakin pulih, namun orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga jika berlaku kenaikan air mendadak dan di luar jangkaan di beberapa daerah di negeri ini.

Artikel Berkaitan: