Lelaki lemas selepas ritual keagamaan

Gambar hiasan
A
A

BESUT - Seorang lelaki ditemukan lemas di air terjun Lata Tembakah di sini, selepas melakukan ritual keagamaan bersama enam rakannya semalam.

Chua Kim See, 46, dijumpai di celah batu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian yang cuba menyelamatkannya dengan melakukan bantuan pernafasan CPR.

Bagaimanapun dia tidak dapat diselamatkan, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 4.45 petang, lelaki yang berasal dari Tanah Merah itu dikatakan naik ke tingkat tiga air terjun bersama rakan-rakannya untuk melakukan sembahyang di atas batu sambil menutup mata.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Besut dan hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat lemas, katanya.- Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia