50 penternak ikan air tawar rugi RM12 juta akibat banjir lumpur

Keadaan ikan yang mati akibat bencana.
Keadaan ikan yang mati akibat bencana.
A
A
A

JELEBU - Seramai 50 penternak ikan air tawar di daerah ini mengalami kerugian besar kira-kira RM12 juta selepas kolam ternakan ikan mereka terjejas akibat banjir Sabtu lepas.

Ketua Perikanan Daerah Jelebu, Mohd Azhar Jusoh berkata, banjir yang membawa lumpur ke kolam menyebabkan ratusan ribu pelbagai jenis ikan air tawar yang sudah boleh dijual dan ditempah pelanggan mati.

Menurut beliau, bekalan oksigen ke kolam turut terputus selepas kawasan berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik.

"Dalam keadaan tertentu, ikan hanya mampu bertahan selama empat jam tanpa oksigen," katanya pada Rabu.

Seorang kakitangan Jabatan Perikanan menunjukkan ikan yang mati akibat bencana.
Seorang kakitangan Jabatan Perikanan menunjukkan ikan yang mati akibat bencana.

Tambah beliau, selain kolam yang dilimpahi air berlumpur, ada juga yang pecah menyebabkan ikan lepas keluar.

"Kerugian itu turut membabitkan kerosakan kolam, peralatan dan makanan ikan yang musnah.

"Ikan tilapia merah, lee koh, lampam jawa, haruan, baung, keli, udang galah dan puyu antara jenis ikan yang mati dalam kejadian itu," katanya.

Artikel Berkaitan: