YBR sumbang power bank kepada mangsa banjir di Selangor

Tham Soon (dua dari kanan) dan Mohd Izhan (kiri) menerima sumbangan sebanyak 500 unit power bank oleh YBR pada Rabu.
Tham Soon (dua dari kanan) dan Mohd Izhan (kiri) menerima sumbangan sebanyak 500 unit power bank oleh YBR pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menyalurkan bantuan segera membabitkan 500 unit pengecas bateri mudah alih (power bank) kepada mangsa banjir di Selangor.

Pengerusinya, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, bantuan segera berbentuk power bank itu disumbangkan kepada mereka yang telah dikenal pasti terkesan akibat musibah itu.

Beliau berkata, bantuan itu bertujuan memudahkan mangsa untuk mengecas telefon bimbit mereka sekali gus membolehkan mereka berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa untuk meminta bantuan.

“Ia juga dilihat sebagai satu inisiatif kemasyarakatan dalam memberi respons untuk membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang memerlukan bantuan dengan segera.

“Pihak kami bersimpati dengan mereka yang terkesan terutamanya di Selangor yang dikatakan kali terakhir berlaku banjir besar pada tahun 1971.

“Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa terutamanya dalam aspek komunikasi semasa bencana,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Megat Zulkarnain turut memaklumkan, sumbangan power bank berjenama Pineng itu telah diterima Timbalan Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras Selangor, Chew Tham Soon dan Ajutan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras Selangor, Mohd Izhan Ismail.

Artikel Berkaitan: