Paras air di Taman Sri Muda semakin surut: Nadma

Keadaaan semasa di Taman Sri Muda pagi ini mendapati air masih belum surut sepenuhnya akibat banjir yang melanda taman perumahan berkenaan pada Sabtu. - Foto Bernama
Keadaaan semasa di Taman Sri Muda pagi ini mendapati air masih belum surut sepenuhnya akibat banjir yang melanda taman perumahan berkenaan pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Proses mengepam air keluar dari kawasan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini berjalan lancar walaupun hujan lebat melanda sekitar Shah Alam awal pagi Rabu.

“Pagi tadi dah surut juga walaupun hujan jam 4 pagi,” kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Aminuddin Hassim secara ringkas ketika dihubungi Pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan proses menyedut air bah di kawasan tersebut yang bermula sejak awal pagi Selasa.

Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latif Ahmad memaklumkan lebih 80 peratus air banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam telah disedut keluar dan dilepaskan ke Sungai Klang.

“Jika 80 peratus boleh selesai dalam 17 jam dan baki 20 peratus lagi ikut logik esok pagi boleh diselesaikan jika tidak hujan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: