Ancelotti pantau Joe Gomez

Gomez. - Foto redliverpool.com
Gomez. - Foto redliverpool.com
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan pihaknya kini sedang memantau prestasi pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez dalam usaha membawa masuk pemain pertahanan baharu musim hadapan.

Menurut Ancelotti, selain mahu membentuk jentera serangan mantap, pihaknya tidak mahu mengabaikan benteng pertahanan pasukan.

Justeru katanya, usaha membawa Gomez ke Santiago Bernabeu diharap dapat membantu mengukuhkan benteng pertahanan skuad Los Blancos itu.

“Kita sedang memantau prestasi Gomez dan merancang untuk membawanya ke Santiago Bernabeu bagi mengukuhkan benteng pertahanan kita.

“Sebelum ini, kita memberikan tumpuan untuk menambahkan sengat di posisi serangan dengan cuba membawa bintang Perancis, Kylan Mbappe, kita hampir terlupa untuk turut mengukhkan benteng pertahanan.

“Oleh itu, kita akan terus memantau dan jika semuanya berjalan lancar kita akan bawa masuk pemain pertahanan baharu pada musim baharu nanti,” katanya.

Untuk rekod, selain Gomez, Ancelotti difahamkan turut memantau prestasi pertahanan Chelsea Antonio Rudiger, Pau Torres (Villareal) dan Jules Kounde (Sevilla) dalam usaha membawa pemain pertahanan baharu, musim depan.

Sementara itu Ancelotti berharap usahanya untuk membawa masuk pemain-pemain baharu berkenaan akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kehadiran pemain-pemain itu juga akan membantu memberikan nafas baharu kepada Los Blancos untuk terus mencabar dalam saingan La Liga.

“Kita sangat berharap usaha kita membawa masuk pemain-pemain ini menjadi kenyataan dan Real Madrid akan kembali bangkit selaku pasukan yang disegani,” katanya.