X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Lelaki, kanak-kanak dikhuatiri lemas redah air di padang bola

Seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak telah meredah air di kawasan tersebut sebelum dihanyutkan arus dan hilang. - Foto 123rf
A
A

KUANTAN - Dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, Temerloh dekat sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 3.15 petang sebelum menggerakkan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab ke lokasi kejadian.

"Kenyataan saksi kepada polis mendakwa terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak telah meredah air di kawasan tersebut sebelum dihanyutkan arus dan hilang. Bagaimanapun setakat ini identiti mereka masih belum dikenal pasti.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa semalam menggunakan bot aluminium dan dijalankan secara surface searching atau pencarian di kawasan permukaan air di lokasi kejadian dengan radius pencarian seluas 500 meter persegi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ismail berkata, operasi ditangguhkan pada jam 5.15 petang Selasa dan bersambung pada pagi Rabu.

Sementara itu, operasi SAR terhadap Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan hilang selepas terjun ke Sungai Belat, Kuantan pada Sabtu lalu masih diteruskan dan telah meliputi jarak 20 kilometer serta di kawasan sawit seluas 10 hektar. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!