Plus tutup lorong kanan KM273.3–KM272.2 Ipoh arah Utara

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan pada Selasa berkata, kerja-kerja penyelengaraan perlu segera dilaksanakan, berikutan penemuan lubang benam pagi tadi.

“Pasukan PLUS Ronda mengesan lubang benam pada pukul 7.44 pagi dan bertindak menutup lorong buat sementara waktu, demi keselamatan pelanggan lebuh raya.

“Pada masa ini hanya satu lubang benam dikesan dan PLUS akan terus memantau kawasan sekitar sebagai langkah keselamatan,” menurut kenyataan dikeluarkan PLUS itu.

Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan mengikuti semua papan tanda amaran lalu lintas di kawasan tersebut.

Kenyataan itu menyebut lorong kiri di laluan itu akan dibuka sepenuhnya selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dan disahkan selamat untuk kegunaan pengguna lebuh raya.

Orang ramai boleh merujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya, untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di laluan yang terjejas. - Bernama

Artikel Berkaitan: