3,140 kes baharu Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan merekodkan 3,140 kes positif baharu Covid-19 pada Selasa.
Kementerian Kesihatan merekodkan 3,140 kes positif baharu Covid-19 pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jangkitan harian Covid-19 dalam negara kembali meningkat ke paras 3,000 apabila 3,140 kes baharu dicatatkan pada Selasa berbanding 2,589 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan mengenai situasi Covid-19 pada Selasa berkata, daripada jumlah kes baharu itu, hanya 64 kes atau 2.0 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 3,076 kes lagi atau 98 peratus adalah kategori satu dan dua.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit Covid-19 tidak bergejala serta bergejala ringan, manakala kategori tiga, empat dan lima pula ialah pesakit sama ada mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen atau alat bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata, 4,278 kes dicatatkan menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,642,469.

Sementara itu, 353 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 189 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan empat kluster baharu dikesan hari ini dengan jumlah kluster masih aktif adalah 247.

Selain itu, beliau berkata, nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia setakat semalam adalah 0.91. - Bernama