X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Sedih rumah rosak akibat mendapan tanah

Mohd Norzid menunjukkan keadaan rumahnya yang rosak teruk akibat berlaku mendapan tanah akibat banjir pada Ahad.
A
A

KUALA SELANGOR - Dua rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Bestari Jaya di sini mengalami kerosakan teruk berikutan berlaku mendapan tanah sepanjang lapan meter.

Seorang penduduk, Mohd Norzid Rehan, 49, berkata, kejadian pada jam 4.30 pagi Ahad itu mengakibatkan bahagian depan dan lantai rumahnya mengalami kerosakan teruk.

Malah, katanya, lebih menyedihkan apabila berlaku mendapan struktur tanah mengakibatkan aliran air masih berterusan.

"Jalan hadapan rumah tidak boleh dilalui kenderaan akibat berlaku mendapan tanah dan lebih menyedihkan apabila rumah kami alami kerosakan teruk," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Mohd Norzid berkata, meskipun banjir sudah kembali surut di kampung itu dan rata-rata penduduk sudah mengemas rumah, namun dia dan seorang lagi jiran bersebelahan masih menanti arahan seterusnya daripada pihak berkuasa.

"Saya tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah atas faktor keselamatan memandangkan berlaku mendapan tanah.

Sebuah lagi rumah penduduk bersebelahan yang turut rosak disebabkan mendapan tanah akibat banjir.
Sebuah lagi rumah penduduk bersebelahan yang turut rosak disebabkan mendapan tanah akibat banjir.

"Apa yang membimbangkan kami sekeluarga ialah jika keadaan rumah bertambah teruk kerana tidak tahu apa yang berlaku berikutan ada aliran air di bawah tanah," katanya.

Isteri beliau, Siti Azian Mohd Hanafiah, 41, seakan tidak percaya dengan kejadian itu lebih-lebih lagi mereka sudah menetap di situ sejak sedekad lalu.

"Saya dimaklumkan, kampung ini sudah lama tidak mengalami banjir dan kali terakhir pada tahun 1995.

"Saya sedih dengan keadaan ini, namun tetap reda dengan ujian-Nya dan berharap agar ada mana-mana pihak sudi membantu menghulurkan bantuan baik pulih kerosakan," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Norzid di talian 013-3080 740 atau menyalurkan bantuan terus ke akaun CIMB Berhad 7006891730 atas nama Mohd Norzid Rehan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!